Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal felda ini ialah Felda Air Kangkong. Pada 7 April 2007, nama felda ini telah ditukar kepada Felda Tun Ghafar Air Kangkong sebagai penghargaan kepada Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada rakyat Melaka khususnya.

Tanaman utama pada asalnya adalah getah. Sehinggalah pada tahun 1979, apabila berlakunya ribut yang telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tanaman getah. Dengan inisiatif pihak pentadbiran dan kerajaan negeri sendiri, maka kawasan yang musnah itu digantikan dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1980.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan Tahun

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Air Baruk

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Program Bulan Melaka Bersejarah

Aktiviti Terkini | 28 April 2018

Bertujuan untuk mengasah sikap kreati an inovatif, menguji minda dan memberi penerangan mengenai sejarah Negeri Melaka... baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Dapat mengasah sikap kreatif dan inovatif, menguji minda dan memberi info mengenai klik dengan bijak... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Pertandingan Kanak-Kanak 2018

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Bertujuan untuk mengasah sikap kreatif dan inovatif, menguji minda, mempelajari huruf hijahiyah dan memberi info mengenai klik dengan bijak... baca selanjutnya

Program Kembali Ke Sekolah

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Dapat mengasah sikap kreatif dan inovatif, memupuk semangat suka ke sekolah dan memberi pendedahan mengenai asas komputer dan menaip... baca selanjutnya